Monday, December 28, 2009

CUPCAKE PROJECT














CUPCAKE PROJECT


















CUPCAKE PROJECT











CUPCAKE PROJECT





















CUPCAKE PROJECT 4












CUPCAKE PROJECT 3












CUPCAKE PROJECT 1 - TULIP




Saturday, December 12, 2009

MY SUGAR ART GADGET

Kalau dikeluarkan semua koleksi dari simpanan memang banyak jugalah yang telah dikumpul. Suamiku pernah mengusikku, katanya koleksi mengalahkan pro tapi hasil tak seberapa pun. Tapi kerana minat ke situ, kalu tak menghasilkan bahan dapat melihat koleksi sudah cukup memberi kepuasan
Kalau dihitung semula rasanya kos yang dibelanja untuk mengumpul peralatan mencecah ke ribu ringgit. Tetapi suami tak pernah marah kerana kami berdua cenderung pada hobi yang sama. Inilah kelebihannya bila berkongsi hobi yang sama. Mungkin kerana latar belakang proffesion.


CHOCOLATE , CANDY & PETIT FOURS GADGET



NAMA ALAT : CANDY TOOLS

Kegunaan :

Digunakan ketika membuat chocolate dan mengendalikan potongan kek yang hendak dijadikan petit fours. Alat ini digunakan sebagai pemegang untuk mengetos lelehan chocolat atau "sugar flow" icing yang menyalut chocolate atau kek.



NAMA ALAT : SKEWER

Kegunaan : Untuk memegang kek semasa proses menyalut potongan kek dibuat. Bahagian muncung yang tajam ditusuk ke dalam kek dari bahagian sisi. Dengan menggunakan alat ini dapat mengelak tangan dari kotor atau selekeh terkena lelehan saduran dan membantu menghasilkan saduran yang licin tanpa kecacatan akibat tersentuh oleh tangan.



NAMA ALAT : ACUAN CHOCOLATE ("CHOCOLATE/CANDY MOULD")

Kegunaan : Untuk membentuk chocolate kepada bentuk yang diingini.



NAMA ALAT : CHOCOLATE/PETIT FOUR CASING

Kegunaan : Mangkuk kecil comel dari bahan aluminium yang digunakan dalam membuat chocolate moulding dan petit four.

Friday, December 11, 2009

SAYURLODEH




Satu ketika dahulu ketika pulang berhari raya ke kampung di Perak...aku dan suami chef ali sibuk di dapur menyiapkan juadah Hari Raya. Ketika kami sibuk menyediakan sayur lodeh arwah ibu mengerutkan dahi seolah-olah pelik... Ketika aku menjengah ke ruang tamu melihat anak-anak, ibuku lantas bertanya.... takkan Hari Raya nak makan kuah lemak. Aku ketawa gelihati dengan pertanyaan itu.
Sememangnya sayur lodeh bukan juadah hari raya di negeri Perak, negeri-negeri di utara dan Pantai Timur. Apabila sayur lodeh disediakan untuk hidangan hari raya ibu menganggap itu lauk biasa jer. Ha..ha..tapi aku sendiri pun sebenarnya selepas berkahwin baru mengenali sayur lodeh...kwang..kwang..kwang
SAYUR LODEH
Bahan :
200 gm udang
200 gm paru (potong kecil dan goreng)
4 kpg towfoo (potong kiub kecil dan digoreng)
6 kpg tempe (potong kiub dan goreng)
2 kpg fucuk ( rendam dan hiris )
50 gm suhun ( rendam dan potong)
6 btg kacang panjang ( hiris nipis menyerong)
1 btg carot ( potong menyerong)
3 biji cili merah (potong serong)
1 - 11/2 mangkuk santan kelapa
5 ulas bawang merah ( dihiris)
4 ulas bawang putih( dihiris )
2 btg serai ( potong 4 menyerong )
serbuk kunyit
garam & gula
Cara :
1. Tumis bawang hiris hingga garing, masukkan serai, dan udang.
2. Campurkan semua bahan lain kecuali santan kelapa dan cili merah.
3. Kacau rata..masukkan santan dan cili merah.
4. rasakan dengan gula dan garam. Apabila kuah mendidih tutupkan api.
Nota :
Jangan guna terlalu banyak suhun dalam masakan sayur lodeh kerana ia akan mengeringkan kuah sayur lodeh.
Selamat mencuba....

NASI AMBANG




Pernah tengok nasi ambang? Pernah makan nasi ambang?.....Nasi ambang adalah hidangan masyarakat Jawa. Ia merupakan juadah istimewa dalam majlis-majlis kenduri. Biasanya nasi ambang tidak dihidangkan dalam majlis kenduri tetapi diberi kepada tetamu sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Kalau dulu nasi ambang hanya didapati dalam majlis kenduri sahaja tetapi sekarang nasi ambang telah pun dikomersialkan dan dapat dibeli di pasar-pasar malam di sekitar Lembah Klang.

Apa tu..nasi ambang? Berbeza dengan nasi yang disajikan dalam majlis kenduri masyarakat melayu yang mana nasi disajikan adalah nasi berlauk. Nasi ambang pula adalah nasi bungkus untuk saiz hidangan di antara 4 - 6 orang yang di dalamnya di campur dengan hidangan serperti mee goreng, ikan masin, serunding kelapa, sayur kobis dan ayam goreng. Campuran hidangan ini dibungkus di dalam daun pisang berlapik kertas surat khabar dan dibungkus dengan kaedah lipatan yang khusus.

Hanya masyarakat Jawa yang dapat menghuraikan lanjut berkenaan hidangan istimewa ini.

GULUNGAN TIMUN




Mungkin article ini biasa jer pada masyarakat Johor yang menyajikan juadah laksa Johor. Tapi bagi masyarakat luar Johor mungkin ada yang tak biasa dan merasakan article ini amat membantu. Pengalaman saya sendiri apabila jiran selang beberapa rumah yang berasal dari Melaka yang berjiran dekat dengan negeri Johor menanyakan saya bagaimana saya membuat timun gulung membuat saya terpanggil untuk berkongsi article ini. Saya rasa photo di atas telah menjelaskan segalanya dan tak perlulah dihuraikan panjang lebar lagi.

JELLO WITH FRUIT COCKTAIL MILK SAUCE











This is my only daughter favourite dessert. Simple and yummy. Sesuai bg suri rumah yang sukakan hidangan ringkas dan tak mengotorkan dapur. Amat membantu juga kepada tuan rumah yg menerima short notice dr tetamu ..nak terjah rumah. Walau pun ringkas tetapi nampak istimewa.



JELLO WITH FRUIT COCKTAIL VANILA MILK SAUCE

Bahan :
Jello

35 gm serbuk agar-agar
1 lit air mendidih
1 camb. gula
Sedikit pewarna merah
Fruit Cocktail Milk Sauce
1 tin susu cair
2-3 camb. gula
1/2 camt. vanilla
1/2 tin fruitcocktail


Cara:

1. Campurkan serbuk agar-agar dan gula ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan air mendidih perlahan-lahan sambil digaul rata sehingga adunan larut.
3. Masukkan pewarna dan kacau rata.
4. Tuang adunan ke dalam acuan, apabila sejuk, bekukan dalan chiller.
5. Masukkan susu cair, vanilla dan gula ke dalam periuk.
6. Panaskan di atas api perlahan dan kacau selalu hingga susu panas ( jangan sampai mendidih)
7. Sejukkan sos susu dalam chiller.
8. Keluarkan jello dari acuan, masukkan ke dalam sundae glass/mangkuk.
9. Tuangkan sos susu diikuti dengan fruit cocktail.
Selamat mencuba...


KUIH CINCIN


Bagi masayarakat Sabah sememangnya tidak asing lagi dengan kuih cincin. Ia merupakan salah satu makanan tradisional yang berjaya diketengahkan oleh masyarakat Sabah dan berjaya mendapat tempat di kalangan pengunjung luar yang mengunjungi Sabah.
Mungkin bagi yang tidak biasa dengan kuih cincin dan kali pertama melihat akan menjangkakan ia merupakan sejenis kuih India. Dan mungkin juga menyamakan dengan cucur peniram kuih melayu.
Sebenarnya mungkin mempunyai sedikit persamaan dengan kuih India dan melayu dari segi bentuk atau rupa tetapi amat berbeza dari perbandingan tekstur dan rasa.
Kuih cincin adalah jenis kuih kering dengan tekstur yang rangup dan rasa yang enak. Boleh didapati dalam berbagai saiz. Pertama kali menjamah kuih ini aku terus jatuh cinta.

Thursday, December 3, 2009

SAMBAL TAHUN



Kali pertama makan Sambal Tahun adalah semasa di tempat kerja. Memandang di tempat kerjaku ramai di kalangan pekerja adalah dari keturunan Jawa, ini satu advantage buatku yang sememangnya menggunakan peluang ini untuk menambah hasil koleksi resipi. Menurut rakanku juadah ini dinamakan sambal tahun bersesuaian dengan cara masakan dolu-dolu...dimana sambal ini boleh tahan lama kerana sentiasa dipanaskan atas api (bara api) agaknya, orang dulu-dulu masak menggunakan kayu api. Kali pertama makan aku terus jatuh cinta dengan hidangan istimewa ini. Aku akan pastikan ia menjadi juadah wajib pada setiap hari raya untuk dimakan bersama nasi himpit.

Bagi yang menggemari masakan pedas penggunaan cili padi dalam sukatan resipi ini blm memadai tetapi bagi yang makan pedas sukatan tersebut sudah terlalu pedas, jadi sesuaikanlah mengikut kesukaan masing-masing. Cili padi ni pulak semakin lama akan bersebati dengan kuah dan semakin lama disimpan semakin pedas jadinya.


SAMBAL TAHUN

500 gm kulit lembu (belulang)- potong kecil dan direbus

1 mangkuk sederhana kerang rebus

10 ulas bawang merah (hiris)

6 ulas bawang putih (hiris)

Sedikit halia (hiris)

Sedikit lengkuas (hiris)

1 mangkuk cili padi

2 keping asam gelugor

1 liter santan cair

2 liter pati santan

Minyak untuk menumis

Garam


Cara :


1. Tumis sebentar cili padi hingga layu dan diangkat.
2.Tumis bahan hiris hingga wangi dan agak garing sedikit.

3.Masukkan belulang dan kerang, gaul rata.

4.Masukkan santan cair, apabila mendidih, tambah santan pekat.

5. Masukkan cili padi dan asam gelugor.

6.Renih agak lama supaya cili padi dan kuah santan sebati.

7. Rasakan garam secukupnya.

CUPCAKES MAJLIS PERTUNANGAN

































Bersempena dengan majlis pertunangan anak saudara sebelah suamiku inilah hasil kerja tangan yang sempatku sediakan walaupun pd asalnya hanya bercadang nak beli kek di kedai jer. Kebetulan plak sehingga pukul 9.45 mlm aku masih melayan tetamu. Memikirkan badan dah penat mata plak mengantuk......tapi hati tak menyampai, gagahkan jugak keluarkan khazanah di simpanan. Akhirnya inilah yang terhasil. Walaupun mengantuk pada mulanya tetapi bila jer sesi menghasilkan bunga dengan fondant tetiba jer rasa sronok plak, hilang kisah mengantuk, sampai ke pukul satu gaklah menyiapkan tugasan.

Monday, November 30, 2009

Hari Raya Aidil Adha


Assalamualaikum WBKT
ALHAMDULILLAH ibadah qurban Taman Satria di tempat tinggal kami dijayakan dengan selamat dan sempurnanya. Dua ekor lembu dan dua ekor kambing diqurban dan diaqiqahkan. Rasanya bukanlah jumlah yang menjadi ukuran dalam melaksanakan ibabah ini yg nak diceritakan tetapi adalah mengenai semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh penduduk taman baik dari kalangan peserta ibadah qurban mahupun mereka yang bersama-sama menyumbangkan tenaga dan masa menyempurnakan ibadah ini.
Salah seekor lembu yang diqurban yg dinamakan 'BOB'
Masa lembu yang kedua disembelih hujan dah mula reda.
Sibuk melapah lembu tidak menghiraukan basah lencun baju di badan.
Kaum ibu dan anak-anak sama sibuk menyaksikan ibadah qurban. Akak yang tersenyum luas tu.........................
Kaum lelaki sibuk dengan kerja-kerja melapah dan memotong daging serta membahagi-bahagikan daging qurban. Sementara kaum ibu pula beramai-ramai ke rumah Chef Ali dan Kak Liza untuk menyediakan juadah. Lamb Stew, Sop Tulang Lembu, Daging Rendang Mamak, Kari Kambing menjadi menu pada hari itu. Yang seronoknya apabila lihat tidak satu hidangan pun yang terbazir semuanya habis langsai. Ada jugak yang mengeluh tak dapat makan puas-puas. Tapi bila mengingatkan ibadah qurban tu yg penting bukan perut yang kenyang maka tak lah cerita tak cukup tu berlarutan. INSYAALLAH kalau ada member-member yang setuju kita boleh kongsi sama-sama beli seekor dua kambing disembelih dan dipanggang baru boleh makan puas-puas............betul tak?

Sunday, August 2, 2009

HAPPY BELATED BIRTHDAY ILYA

Setelah berulang kali anak dara tunggalku menanyakan bila umi nak buat bday partynya, akhirnya kesampaian gak. Walaupun simple dan jemputan hanya kekawannya tapi okaylah. Tahun ni memang uminya busy sokmo. Schedule penuh dengan out station. Sampai Oktober dah penuh dengan kerja out-station kecuali bulan puasa nanti.

15 - 18 Aug pergi Kelantan 19 - 21 program 3 hari di hotel di Bangi. Nampaknya betul-betul free masa bulan Ramadhan jer. 2nd. week Oktober scheduled to Langkawi 4 hari and end of Nov. again fly to Sarawak.

So dalam pada simple bday party, sempat gak buat cuppies and surprisingly buat pertama kalinya buat fondant decor.....mcm tak percaya plak. Selain tu MENU lainnya mihun sup utara, capati kuah sardin dan dhall. Syam jiran depan rumah hantar kuih apam ayu and kuih bakar. Tq syam. Bibiq plak dapat tugasan buat mee goreng. Apa orang kata ...work smart. Tapi kalu bibik memang boleh percaya bcos dah well trained ngan masakan kita.

Seronok layan bebudak punya kerenah, becos kelakar and another thing they are very sincere. Geli hati bila Arif kawan Din komen "Sedapnya mee goreng ni, sapa masak?" Aku dan Syam ketawa sesama sendiri geli hati melihat gelagat bebudak.

Inilah cake & cuppies yang dibuat khas oleh umi buat Ilya.




Friday, July 31, 2009

Pengenalan kepada masakan Jepun

Cuma nak kongsi sikit dengan pembaca blog ini, buku Pengenalan Kepada Masakan Jepun yang ditulis oleh Chef Ali dahpun diterbitkan pada awal bulan Julai 2009 olih UPENA (Unit Penerbiraqn Universiti - UiTM). Sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya dari UPENA. Sekit tentang buku ini- buku ini ditulis untuk memberikan sedikit penerangan tentang masakan Jepun dari segi sejarah dan budayanya dengan resipi-resipi untuk dicuba. pendekatan buku ini adalah memberikan alternatif mengenai cara dan bahan yang digunakan. Bagi bahan yang tidak halal untuk orang Islam ditukarkan kepada bahan-bahan yang halal, sementara bagi bahan yang sukar didapati di Malaysia digantikan dengan bahan-bahan tempatan - berbagai-bagai tips disertakan bagi mempelbagaikan resipi-resipi asas yang diberikan. Selamat membaca